Wednesday, March 11, 2009

Pintu Bahagia Sentiasa Terbuka

DALAM meletakkan fasa dalam sesuatu perhubungan, sudah pasti ada sesuatu yang dicari. Pada diri si dia, tentu anda mengharapkan yang baik daripada yang terbaik.

Begitu juga dalam membina impian dalam percintaan, pelbagai perkara yang difikirkan mengenai si dia. Adakah nilai yang diberikan itu ada persamaan dengan apa yang anda dambakan? Renungi perkara berikut untuk memperoleh kekuatan dalam bercinta:

*Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya sebab keelokan wajah dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan pasti musnah.

*Biarlah tertarik pada seseorang yang dapat membuat diri tersenyum kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Semoga anda menemukan orang seperti itu.

*Ada saatnya anda sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga anda bermimpikan orang seperti itu.

*Semoga anda mendapat kebahagiaan yang cukup untuk membuat anda bahagia, cubaan yang cukup untuk membuat anda kuat, kesedihan yang cukup untuk membuat diri menjadi manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuat anda bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah.




Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu.

6 comments:

danish said...

Mugkin pintu lama itu bermakna dalam kehdupan org yg begitu menghargsinya..

miszrLina said...

danish :
ye... dan krn itu la... org itu perlu membuka pintu baru...
dgn harapan yang baru...
utk memulakan idup baru....

danish said...

siapakah org itew tersebut??
:P

miszrLina said...

danish :

err... tepuk dada tanye la ati...
eh..ape daaa...

buat2 la paham yer :p

danish said...

Tak faham..

dah tepuk dada,
tapi hati masih sepi..
:p

miszrLina said...

danish :
hati masih sepi?

teruskan usaha pcarian...

chaiyoOOo



chaiyoOOooOO *_*

si katak ijau

Meh sembang kat sini