Monday, September 28, 2009

Doa untuk dia.... Doa untuk ku.....



++Doa Bertemu Jodoh yang Baik++ insya'allah....

Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.

Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu.

Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,

janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.

Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,

dan usirlah dia dari relung hatiku

Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,

dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.

Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.


Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,

satukan hati kami…

Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya


Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.

Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.

Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.


Ya Allah Maha Pengasih,

dengarkanlah doaku ini…

Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.


Allah Yang Maha Kekal,

aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.

Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,

untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.


Amin Ya Rabbal alamin......




Jangan mengucapkan kata-kata indah & manis kepadaku kerana aku takut akan menyayangimu...
Jangan mengambil berat tentang diriku kerana aku bimbang akan mengasihimu...
Jangan terlalu baik padaku kerana aku takut akan merinduimu...
Jangan memberikan aku kenangan @ harapan kerana aku khuathir akan jatuh cinta padamu...
Jangan menghargai pertemuan ini kerana aku tidak mahu menderita kehilanganmu lantaran perpisahan ini...

3 comments:

nURmALa mAZLan said...

AMIN!!! AMIN!!! AMIN!!!

miszrLina said...

mala :

amin... amin... amin....

Ya Rabbal Alamin....... ^_^

! Izri Salinas ! said...

Amin.. Kata2 kat bawah tu kak yg tulis ya? penuh dgn makna..

si katak ijau

Meh sembang kat sini