Monday, January 4, 2010

Inspirasi untuk anda (Bhg 2)

Pesanan: Untuk memahami kisah ini, anda perlu membaca Bhg 1. Terima Kasih. :)




……………….Bhg 2…………………..
-Beberapa minggu selepas itu-
Satu hari, sewaktu As pulang daripada masjid dia terkejut. “MasyaAllah! Kenapa banyak sangat kereta kat depan rumah aku ni” kata hatinya.Masuk sahaja As ke dalam rumah, ayahnya dengan nada tergesa-gesa berbisik,”As, cepat bersiap. Ada orang nak tengok As“. Subhanallah! Maha suci Allah, seolah-olah doa As telah dimakbulkan oleh Nya.
Dipendekkan cerita, selepas perjumpaan merisik tersebut, As pun buat istikharah. Oleh sebab istikharahnya tidak menunjukkan tanda-tanda yang baik, maka As telah menolak lamaran tersebut.
Sebenarnya, ini bukan kali pertama As menolak pinangan orang. Tetapi, kejadian itu sudah masuk kali kedua. Maka ayah As pun sudah mengeluarkan amaran, “As, ayah dah tak tahan lagi. Lepas ni, siapa sahaja yang datang meminang, ayah terima. Tak kisah lah siapa pun dia!
Terkejut As mendengar amaran tersebut. Tapi dia tetap juga bertenang dan terus membuat amalan yang dipesan oleh Pak Ustaz, kerana dia yakin orang yang ditunggu akan muncul jua. “Dia mesti akan datang” bisik hati As.
Suatu hari, ada seorang kawan telah datang berjumpa As. “As, ko nak tak kalau aku kenalkan dengan seorang cikgu lelaki kat sekolah aku” tanya kawannya. “Hmm..boleh jugak” As sendiri terkejut dengan jawapanya, dia pun tak tahu kenapa dia boleh jawab begitu.
Sampai sahaja di sekolah, As pergi ke kelas cikgu tersebut dan melihat cikgu itu mengajar dari jauh. Dalam masa yang sama, cikgu tersebut tidak tahu yang dia sedang diperhatikan. Selepas itu, As terus pulang tanpa menegur walau sepatah pun dengan cikgu tersebut.
Dalam perjalanan pulang daripada sekolah, entah macam mana hati As berdegup kencang. “Isy, tak pernah aku rasa macam ni” kata hatinya. As mula risau, malam itu dia tak dapat tidur. Pusing kiri salah, pusing kanan pun salah. Asyik teringatkan muka cikgu lelaki tu.”Aku ni dah jatuh cinta ke?Fikir punya fikir..Akhirnya, dia pun bangun dan buat solat istikharah.
Dalam solatnya, As berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya dia baik untuk aku dan agamaMu, maka Kau jodohkanlah dia denganku. Tetapi, seandainya dia tidak baik untukku dan agamaMu, maka Kau jauhkanlah dia daripadaku….
Selepas berdoa, As terus tidur. Dalam tidurnya dia bermimpi, ada seorang lelaki sedang berjalan menuju ke arahnya. Lelaki itu memakai jubah berwarna putih, berserban dan nampak sungguh suci. Bila dia semakin dekat, As terkejut. Lelaki itu adalah cikgu yang dijumpainya pagi tadi!
As bingkas bangun dari tidur dan mula berfikir.” Betulkah apa yang aku mimpi tadi? ke..aku ni mimpikan dia sebab aku asyik teringatkan dia?
As masih tidak berpuas hati, malam esoknya dia solat istikharah lagi. Pada malam tersebut, dia bermimpi lagi. Dalam mimpinya, dia berjumpa dengan seorang perempuan yang memakai telekung putih.”Siapa orang ni? Dia bukan mak aku. Mak aku tak pakai cermin mata..Mungkin mak mertua kot” Bisik hatinya.


bersambung…..


p.s: Apakah tindakan As selepas ini? Adakah dia sendiri akan “melamar” cikgu tersebut? rolleyes :roll:

No comments:

si katak ijau

Meh sembang kat sini