Tuesday, January 5, 2010

Inspirasi untuk anda (Bhg Akhir)

Pesanan: Untuk memahami kisah ini, anda perlu membaca Bhg 1 dan Bhg 2. Rujuk 2 post sebelum ini. Terima Kasih.



:)
………..Bhg Akhir……………
Dipendekkan cerita, selepas As melalui solat-solat istikharahnya, dia bertambah yakin yang cikgu itu adalah jodohnya.
Kalau anda berada di tempat As, (Peringatan: As adalah lelaki perempuan) apa agaknya yang anda akan lakukan?
As telah mengambil tindakan yang berani..Dia telah menulis sepucuk surat khas untuk cikgu tersebut (yg pada masa itu belum pernah mengenalinya). As memulakan suratnya dengan menyatakan yang dia sukakan cikgu itu. Kemudian, dia ceritakan, bagaimana kisah ini boleh berlaku. Dari detik dia melihat cikgu itu daripada jauh, sehinggalah ke saat mimpi yang dialaminya selepas dia melakukan istikharah..
Di nota terakhirnya, As ada berpesan…”Cikgu jangan telefon saya, jangan SMS saya. Kalau cikgu nakkan saya, cikgu terus hantar rombongan meminang sebelum 16 Mac 2008 (lebih kurang gitu la ayatnya)”
Sewaktu As menceritakan kisah ini kepada saya, saya tanya As, “Kenapa sebelum 15 Mac?” Dia jawab, “Sebab lepas tu, As nak start kerja. As takut nanti kat tempat kerja baru, As jumpa orang lain pula
Btw, sewaktu As menulis surat itu, ada lebih kurang 3 minggu sahaja untuk sampai ke 15 Mac. Saya rasa macam tak percaya saje..”Biar betul kawan aku ni” kata hati saya.
Dipendekkan cerita. Alhamdulillah…Akhirnya, bertemu juga As dengan jodohnya. Pada 1 Mac 2008, cikgu tersebut telah menghantar rombongan merisik. Yang lebih istimewa, sewaktu mak cikgu hendak menyarungkan cincin ke jari As (ini adalah pertama kali As bertemu dengan bakal mertuanya), baru As perasan, rupa-rupanya, wanita yang pernah dimimpikan dulu adalah bakal ibu mertuanya.
Subhanallah!! Maha Suci Allah yang telah menemukan As dengan pasangannya dengan cara yang sangat unik sebegini. Benarlah sebagaimana janji Allah…
Barangsiapa takut pada Allah, nescaya Allah akan bagi jalan keluar kepadanya, dan Allah akan berikan kepadanya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka….“(At-Talaq:2-3)
Bagi sahabat-sahabat yang masih tercari-cari jodoh, cubalah gunakan iktibar kisah ini. Amalkan solat tahajud setiap malam, puasa sunat isnin khamis, dan sedeqah secara istiqamah. Buat ketiga-tiga amalan ini dengan bersungguh-sungguh, insyaAllah, Allah akan tunjukkan siapa jodoh anda.
Semoga Berjaya!


very the tOuching story kan... sgt syahdu... saye sgt suke!

sumber : http://majlisimpian.com/blog

2 comments:

Mr Asrul said...

cari jodoh ke kak??

misz Lina said...

Mr asrul ::

hik2... :p

utk awk laaa

si katak ijau

Meh sembang kat sini