Saturday, July 17, 2010

Kalau nak kutuk majikan anda, bukan disini..

kepada kawan2 yang ada masalah dengan opis. jangan salah guna kan kemudahan internet untuk menghentam majikan anda. nak kena denda ke?

kepada yang berchatting tu. kalau nak bergossip pasal majikan. jangan save pulak perbualan anda. bahaya. hehe.

sebenarnya aku baru ajek nak tulis pasal majikan aku. tapi aku tulis yang baik-baik ajek. kita kena sayang majikan kita kerana merekalah yang menjaga kebajikan dan bertanggungjawab keatas kita semasa kita dipejabat.

kita kena bekerja dengan ikhlas. kerana setiap pekerjaan itu adalah tanggungjawab kita kepada kompeni. setiap kebaikan yang kita buat ada ganjarannya.

setiap sen gaji yang kita terima akan menjadi berkat. amin. yang penting kita kena rajin. soal gaji dan kebajikan itu tanggungjawab kompeni.

yang penting kita kena jadi seorang yang bertanggungjawab tak kira pekerja atau majikan. paham peranan masing-masing.

sebelum ingatkan tanggungjawab orang lain. mari kita muhasabah diri. kita pikirkan tanggungjawab kita dulu. kalau anda tak jalankan tanggungjawab anda. anda mungkin takkan cium bau syurga.

peringatan ini ditujukan khas kepada diri saya sendiri dan sesiapa yang mahu menerima kebenaran entri ini.

tips muhasabah diri
letakkan tangan dikepala. pejamkan mata. imbas kembali perjalanan hidup anda. tindakan anda. adakah anda dilandasan yang betul. tetapi jika anda ternampak awek cun atau jejaka yang hensem. cepatlah bangun. mesti dah telelap. jangan jadikan alasan muhasabah diri untuk tidur.

berita dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/108002

Denda RM8,000 hina majikan di internet

Seorang bekas pekerja bank didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah menyiarkan tajuk blog berunsur lucah dan menjatuhkan maruah bekas ketua jabatannya.

Hakim Zaki Abdul Wahab memerintahkan Seah Boon Khim, 26, dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu, lapor Bernama.

Zaki menjatuhkan hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan Seah bahawa beliau telah berhenti kerja di Eon Bank Berhad dan memohon maaf atas kesalahan itu kerana pada masa kejadian beliau melakukannya dalam keadaan tidak sedar.

"Saya jatuhkan hukuman ini selepas mendengar pengakuan dan rayuan awak, bagaimanapun saya perlu mengambil kira kepentingan awam dan kesalahan penyalahgunaan teknologi internet ini sehingga boleh menyebabkan pelbagai gangguan," hakim dipetik berkata.

Seah didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi internet iaitu
http://www.xanga.com/hokongchan67 untuk menghantar dokumen yang jelek dan sumbang bertujuan menyakitkan hati Ho Kong Chan, ketua jabatan audit dalaman di Eon Bank.

Mengikut fakta kes, pada September 2007, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM menerima aduan daripada majikan tertuduh mengenai perkara tersebut.

Siasatan mendapati Seah secara sedar membuat dan memulakan
penghantaran komen-komen yang jelek dan sumbang melalui laman web itu dengan niat untuk menyakitkan hati majikannya.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau didakwa melakukan kesalahan itu di No 19 A-26-3 Level 6, UOA Centre 19, Jalan Pinang, Kuala Lumpur kira-kira 1.33 tengah hari pada 13 Ogos 2007.

Seah didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi
dan Multimedia 1998, yang boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa SKMM Raja Mohd Iskandar Zulkharnian Raja Abdul Malek. Seah membayar denda itu.



aku: tak puas ati pada agency yg tak byr EPF! rosak plan aku nak apply loan.
patut tak aku hangen? patut? tak patut?

No comments:

si katak ijau

Meh sembang kat sini