Wednesday, August 25, 2010

More EPF issue

issue about EPF is quite sensitif for me. Coz i'm so bengang my agency are not credit it to my epf account!
anyone's facing the same problem as me?

bebetul nyusahkan orang ar agency nih! bukan kah itu simpanan utk hari tua ku.. 

*****

KWSP Dakwa 192 Majikan Ke Mahkamah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus mengesan majikan yang tidak mencarum dan mendakwa mereka di mahkamah kerana tidak membayar caruman bulanan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991. Sebanyak 192 majikan didapati bersalah oleh mahkamah dan dikenakan denda berjumlah RM180,540 di antara April dan Jun 2010 (S2).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Encik Nik Affendi Jaafar berkata, “Pada tempoh yang sama, KWSP juga mengambil tindakan sivil terhadap 183 pengarah syarikat yang gagal menjalankan tanggungjawab membayar caruman bulanan untuk simpanan persaraan pekerja mereka.”

Majikan yang dikenakan denda tertinggi pada S2 2010 ialah Arredo Industries (M) Sdn Bhd dari Pulau Pinang dan Mset Shipbuilding Corporation Sdn Bhd yang berpangkalan di Terengganu masing-masing didenda RM6,000 dan RM5,000. Sementara itu, Lap Soon Car Auto Accessories dari Perak, XYbase MSC Sdn Bhd dari Selangor, Cityskill (M) Sdn Bhd dari Pahang dan MTR Automobile Corporation Sdn Bhd dari Kuala Lumpur masing-masing didenda RM4,000.

Denda yang dikenakan di antara RM1,000 dan RM6,000 adalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 43(2) Akta KWSP 1991 yang mewajibkan semua majikan membayar caruman bulanan mereka sebelum atau pada 15 haribulan setiap bulan. Majikan yang dikenakan denda lazimnya diberikan maksimum enam kali bayaran ansuran untuk menjelaskan tunggakan caruman. KWSP akan mengkreditkan tunggakan caruman itu ke dalam akaun ahli setelah majikan membayar semua tunggakan caruman berkenaan.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,575 kes telah difailkan di mahkamah terhadap majikan yang tidak membayar caruman KWSP mereka. Di samping itu, 349 nama pengarah syarikat telah dikemukakan kepada Jabatan Imigresen bagi menahan mereka daripada meninggalkan negara sebelum menjelaskan tunggakan caruman seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 39, Akta KWSP 1991.

Kadar majikan yang tidak mencarum pada suku tahun ini menurun kepada 1.69 peratus berbanding 1.72 peratus pada suku tahun sebelumnya.

“KWSP ingin menasihatkan pekerja supaya sentiasa menyemak penyata kira-kira mereka bagi memastikan majikan menunaikan tanggungjawab dengan teratur dan tidak memandang ringan perkara ini. Sekiranya terdapat keraguan, pekerja dinasihati segera mendapatkan penjelasan daripada majikan atau melaporkan terus kepada KWSP.”

Bagi membantu ahli memantau caruman KWSP mereka, ahli digalakkan untuk mendaftar dengan i-Akaun KWSP yang menyediakan kemudahan untuk menyemak akaun mereka secara online 24 jam sehari. Akaun ini memudahkan ahli untuk menyemak penyata dengan lebih kerap mengikut keselesaan mereka dan untuk memastikan caruman bulanan dibayar secara teratur.

Nik Affendi juga menggalakkan semua majikan agar mendaftar dengan i-Akaun kerana ia membolehkan majikan menyemak senarai pekerja yang telah dibayar caruman bulanan, rekod caruman dan  mendaftar pekerja baru.

Untuk pertanyaan, ahli dan majikan boleh mengunjungi cawangan KWSP yang terdekat atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03 – 8922 6000 dari 7.30 pagi hingga 7.30 malam, Isnin hingga Jumaat atau mengemukakan melalui laman web myEPF di enquiry

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana pencen terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.


xybase bukan glemer ke? aik? tak byr epf staff gak? apa nak jadi la korg nih.


** jika aku buat report kat epf, rerasa tindakan cepat or lambat?

1 comment:

Jyphoon said...

Hi Kak Lina,
May I know whether you're still working with Xybase today?

How is the condition right now?
Masih ada masalah politik & epf?

I got called for interview next tuesday, for business analyst position

Hope you could give me some insights and advice about the company.

Thanks.
you can contact me on my email: jyphoon@gmail.com

Terima Kasih!!

si katak ijau

Meh sembang kat sini