Friday, September 24, 2010

Syurga Cinta {3 jenis Jodoh}

Dialog dalam Syurga Cinta :

Syuhada:Atuk pernah cakap yang jodoh itu terbahagi pada tiga.

Irham:Tiga?

Atuk: Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.

Yang keduanya, jodoh dari Jin.Kamu berdua berkenalan.Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu.Dan kamu berdua menikah.

Dan yang ketiganya,jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.




***


Dalam skrip sebenar, Jodoh dari Allah dikatakan bermula dengan "berpandangan mata" dan kemudian "menusuk ke kalbu".

Dalam skrip yang diubahsuai oleh sang pengulas pula, jodoh dari Allah bermula dengan "cinta berputik".

Kedua-dua skrip ini adalah salah dari adab berjodoh atau merancang pernikahan dalam islam.

Dalam kaedah Islam, bertemu jodoh itu sepatutnya bermula dengan "pinangan" selepas istikharah tentunya. Baik, pinangan ini tak semestinya berasal dari "cinta berputik" apatah lagi bermula dari "berpandangan mata menusuk ke kalbu".

Pinangan yang menurut maksud agama, bermula dari "tujuan beragama" iaitu pernikahan adalah tuntutan agama, untuk mencari jalan halal berkeluarga, dengan mengikut contoh dari sunnah Rasulullah s.a.w semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ya, tujuan beragama, tujuan beribadah, tujuan berTuhan, semuanya kerana misi meraih redha Allah atau mardhatillah.

Inilah asal yang menggerakkan pinangan. Lalu siapa yang kita mahu pinang? Adakah meminang calon yang telah memutikkan cinta kita atau yang telah berpandangan mata dengan kita lalu menusuk ke kalbu? Salah, kita meminang calon yang sama-sama boleh bawa kepada tujuan asal kita tadi, mardhatillah tadi. Ya, calon beragama juga. Calon yang dirasakan mampu bawa kita kepada keredhaan Allah.

Dan apakah sebenarnya Jodoh Dari Allah yang dipegang sekalian orang beriman?
Jodoh Dari Allah bagi orang-orang beriman adalah Datang Dari Istikharah. Jadi, dialog sebenar yang SEPATUTNYA dituturkan adalah,

Yang ketiganya, Jodoh Dari Allah. Kamu tidak mengetahui siapa jodoh kamu, lalu kamu istikharah meminta petunjuk dari Allah, lalu Allah kurniakan kamu petunjuk dan kamu bulatkan tekad lalu kamu meminang. Yang dipinang juga beristikharah selepas dipinang, lalu jika dia pun mendapat petunjuk dan bulatkan tekad, lalu menerima pinangan kamu. Langsung kamu bernikah. Lalu kamu jaga keluargamu hingga akhir hayat, lalu kamu menemui ajal. Kemudian kamu dimasukkan ke alam barzakh dan yang mengikut kamu hanya iman dan amalan kamu saja. Jika baik, maka bersenang kamu dalam kubur. Lalu dibangkit semula kamu di Padang Mahsyar, kemudian kamu menerima buku catatan dengan tangan kanan. Dan melintas titian sirat sepantas kilat. Dan masuk ke syurga tanpa hisab. Itulah SYURGA ALLAH yang tidak ada tolok bandingnya dengan segala kenikmatan di dunia ini. kamu kekal di dalamnya buat selamanya.

Pernah dengar "bercinta selepas nikah"? Ha, kalau nak tahu kedua-dua "berpandangan mata menusuk ke kalbu" dengan "cinta berputik" itu kedua-duanya adalah gerak kerja selepas nikah, bukannya sebelum nikah. Kalau sebelum nikah, sudah tercetus cinta, maka apa bezanya dengan jodoh dari syaiton dan jodoh dari jin? Bukankah syaiton suka membisikkan nafsu samada ketika berpandangan mata, hingga akhirnya terputik-putik cinta?




:: Istikharah ya.




2 comments:

Cik_Nomi said...

hu.. bace pos ni terus rase berdebar2.. huhuhu

Mia-Ina said...

sy pun suke skrip episod akhir nie

si katak ijau

Meh sembang kat sini