Saturday, July 7, 2012

Demi kembang semangkuk itu

Bahan2 nih sumbangan oleh Mami Liza, my opismate. Dia bagi tips untuk buang panas badan si budak adam yg demam.
Jangan kan adam, mama adam pun minum skali tau. sejuk sket badan nih. Alhamdulilah..

biji kembang semangkuk, biji selasih dan gula batu

biji2 td dah bertukar jd bunge kembang semangkuk 

ok, sudah bole diminum.. nyaman~


Resepi untuk Kembang Semangkuk
Bahan-bahan (5-6 orang)
* 6-7 biji kembang semangkuk
* 1 senduk gula batu - ikut suka manisnya
* sepaket kecil biji selasih (basil seed)
* 1 1/2 - 2 jag air

Cara-cara :
1. Rendam kembang semangkuk selama 1 jam sehingga betul-betul kembang di dalam periuk yg berisi
    1/12 - 2 jag air
   (seeloknye semalaman rendam, tp tak sabo nak minum nih)
   Buang kulit kembang semangkuk serta urat-uratnya.
2. Basuh dan rendam biji selasih hingga kembang, letak ke tepi dulu.
3. Masak air tersebut dengan api sederhana sehingga mendidih.
5. Setelah mendidih masukkan pula gula batu dan kacau.
6. Tunggu 10 minit sehingga gula larut dan sebati dengan air dan bolehlah padamkan api.
7. Masukkan biji selasih yang telah kembang tadi.
8. Sedia dihidangkan untuk diminum mahu pun panas ataupun sejuk pun boleh ikut selera masing-masing.


Kalau nak jadikan mcm lai chee kang, bule la tambah buah mata kucing kering, cincau, kismis, gula kundur, kurma kering cina dan kacang tanah.
cedapnyeee!

Tengkiu mami liza for bahan2 nih. Pasni nak g cari buah mata kucing kering plak. kat tesco sure ado.



dapat yg nih lagi beshhh!

No comments:

si katak ijau

Meh sembang kat sini