Monday, September 17, 2012

Hasbunallah wa ni'mal wakil


Hasbunallah wa ni'mal wakil

Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).

آل عمران‎ : Surah Al 'Imran (3:173)


"Cukuplah Allah Sebagai Penolong Kami dan Dia Adalah Sebaik-baik Pelindung"






....sekali-kali tidak akan tersusul, sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku (sehingga kita akan selamat dari Firaun dan tenteranya) Asy- Syuara: 62


Disebutkan dalam sirah Rasulullah ketika Rasulullah masuk ke Gua (Tsaur), Allah perintahkan burung merpati supaya membuat sarangnya dan labah2 membuat rumahnya di mulut gua. Sehingga orang2 musyrik yakin bahawa Nabi Muhammad tidak mungkin masuk ke gua.
Mereka mengira adanya merpati dan labah-labah yang berdiam dan merangkai sarangnya di gua sebagai petanda ketidakhadiran Nabi. Demikianlah pertolongan Allah lebih memadai daripada berlapis-lapis pakaian besi dan megahnya benteng.



Lihatlah betapa pengasih dan penyayangnya Allah terhadap hamba2nya yang berserah diri dan bertawaqal kepadaNya. Seharusnya, bila kita dalam kesusahan, atau kemurungan, kita kembali pada Allah, berzikir, bersolat sunat, membaca Al-Quran dan bermunajat padanya. Kalimah Hasbunallah wa ni'mal wakil elok kita jadikan sebagai amalan, kerana ia mampu menenangkan jiwa dan menyejukkan hati. Ketenangan hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri kepada pencipta kita, Allah s.w.t.



Serahkanlah segala2nya kepada Allah, DIA mengetahui apa yang terbaik untuk anda di dunia dan akhirat. Ubatilah jiwa anda dengan mengucapkan kalimah Hasbunallah wa ni'mal wakil berkali-kali hingga anda rasa tenang dan lapang.. Allah sentiasa bersama-sama orang yang mengingatiNya.. Marilah kita sama-sama mengamalkan kalimah ini setiap waktu dan setiap ketika, tidak kira waktu susah atau senang, moga rahmat dan keredhaan Allah sentiasa bersama-sama kita di dunia & akhirat.. Insya-Allah..





mencari damai di hati....








1 comment:

khairunnisa.1989 said...

nice blog,done followed yours,do visit mine n be my follower k =)

si katak ijau

Meh sembang kat sini